Thursday, September 10, 2020

Selipar Jepun Ryan

^
Credits: photos by www.pavilion-kl.com

Location : Food Republic, Pavilion KL

The year it happened : probably 2013-2014


aku, kakak, abang termasuk 4 budak (minus darris, darris blom lahir lagi) baru je lepas makan dekat foodcourt dan otw nak balik ke parking area, tapi sebelum tu nak jenguk area bakery and supermarket which it kat the other end. masa tu ramai giler orang, penuh sesak. nak jalan dekat hallway antara restoran dan foodcourt pun berhimpit-himpit. so memandangkan dengan budak, kiteorg divide la budak2 antara kiteorg sebab nak redah crowd tu bukan senang. takut hilang budak plak. masa tu pika, ryan, aleesya dan hakeem masih kecik. hakeem abg aku yang dukung. akak pimpin tangan pika. aku plak kena jaga 2 orang; aleesya dan ryan.

aku macam biasa sebelum tinggalkan meja makan, akan check semua belongings dah diambil. dan siap tengok kaki setiap budak ada kasut/selipar ke tak. aku dah check dah, semua pakai selipar. ok settle. so bergegasla redah crowd. aleesya kat kiri aku dan ryan plak kat kanan. both aku pimpin tangan kuat-kuat. disebabkan ramai sgt orang, memamg terpisah la aku dengan akak dan abg, derang ke depan dah. aku ke belakang sket sbb aku jalan bertiga. susah sket nak mengelak crowd yang sesak. tetibe aku rasa lain macam. aku bila time-time macam ni, memang tak tunggu lama la, aku check je terus. check kiri, tengok aleesya masih ada. check kanan, ryan masih ada. tapi kenapa aku rasa macam ada benda tertinggal je? aku pon tengok la kat kaki budak2 ni. dan kaki ryan erm... dia kaki ayam je. wait, what? 

"mana pergi selipar ryan?", aku tanya.

"kat belakang", ryan jawab.

"huh?", aku confuse.

aku pon tak fikir lama, terus buat pusingan U. heret aleesya dan ryan balik ke belakang. 

aku perasan jugak ryan tersenyum sinis sikit bila jawab 'kat belakang' tadi. apa motif budak ni? 

tak lama lepas tu, aku nampak la sepasang selipar yang neomu lonely (neomu = very in Korean) tersadai di tengah2 kesibukan laluan orang. boleh dikatakan semua orang avoid utk jalan atas selipar tu. aneh sungguh, mcm bom plak. aku perasan ada sorang chinese guy ni tercegat tak jauh dr selipar tu dan pandang selipar tu. mungkin heran kot siapa punya selipar yang ditinggalkan. ada budak invisible kah yang memakai selipar ni?? cara selipar tu pun nampak aneh, sbb macam disengajakan. elok tersusun gitu. macam kat surau la, selipar elok kiri kanan bukan satu belah sini, satu belah sana. aku pk ini memang ryan punya kerja. dia sengaja tinggalkan selipar dia dan nak test aku berapa lama nak perasan dia tak pakai selipar. dia nak test tahap observant aku ni level mana kot. aku pon kata kat chinese guy yang masih keliru dengan kehadiran selipar yang tak bertuan, "it's my nephews slippers". aku pon tatau nak explain macam mana lagi dah, so aku soh ryan cepat-cepat sarungkan selipar dan kita terus gerak ke depan nak catch up dengan akak dan abang aku. 

^
Bukan selipar sebenar. Gambar hiasan saja.
Credits: photos by www.fipperslipper.com


anyway, sib la yang jalan dengan ryan ni aku. kalau dengan orang lain, mau ryan balik naik kereta sampai ke rumah tak berselipar la. hahahah. i mean, still aku mungkin akan perasan eventually masa kat bakery nanti or kat carpark ryan tak berselipar. tapi kalau kat carpak baru nak perasan, mungkin dah malas nak patah balik. 


tatau la motif sebenar ryan. kenapa dia sengaja tinggalkan selipar dia macam tu je. tak cukup attention ke budak ni?  


aku kena tanya balik kat dia. dah 6 tahun berlalu, adakah ryan masih ingat?


Labels: , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...