Sunday, February 26, 2017

Kisah Darris dan Abang Courier



Date: 25 February 2017

aritu datang courier.. anta barang aku order. bukan barang aku pon, barang-barang utk orang lain.

1st - hanger utk gantung kasut sekolah aleesya + ryan.
2nd - book stand holder untuk kegunaan surau. senang ustaz/ustazah yang buat pengajian kapitkan buku/quran dia.. dlm keadaan berdiri gitu.

doorbell rumah berbunyi.

~ ding dong ding dong ~

biasanya bila doorbell bunyi, aleesya + ryan bukak pintu, pestu tanye "SAPA TUU??"

kali ni aleesya + ryan tade rumah, masih kat skolah. so darris je ada. dia plak nak jadi pengganti.

aku bukak pintu... dia yang terpekik terlolong dok tanye kat org courier tu.
dalam bahasa dia dan dalam keadaan mulutnye berputing.

memang bunyi macam dia tanya "SAPA TU?", siap lenggok bunyi soalan, kuat tapi tak jelas, puting kat mulut kan? :P

org courier tu dok depan gate. boleh plak dia jawab.. macam paham la plak bahasa darris. "Saya nak anta barang ni".

darris dok terpekik terlolong lagi. sebab sebelum kuar, aku kan kene pakai tudung dulu.

aku dengar darris macam sebut 'jap jap' je. darris bagitau kat abang courier tu, "TUNGGU JAPPP" (dlm bhs dia).

orang courier jwb, "haa yela. saya tunggu".

ah sudah. lawak btol. tak tahan aku.

darris sibuk nak terima barang skali. bila dah sudah nak bubye kat abang courier tu. orang tu letih dok melayan, sampai tak sampai atie nak pergi.

aku dah masuk rumah, gate dah tutup... darris masih dok kat sebalik pintu pagar, dok lambai-lambai tangan sambil kate BUBYE.

aku soh masuk. dia tamo masuk.

selagi van courier tu tak pergi dia tamo masuk rumah. isk isk isk.

Labels: , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...