Sunday, February 26, 2017

Adik, tolong buang sampah.



Date: 10 January 2017

Aku ade bawak turun 2 bungkusan sampah dari tingkat atas, letak kat pintu depan. Niat nak buang la kat tong luar bila keluar nanti.

Bila nak luar, mak aku ingatkan aku suruh buang sampah.

"Adik, jangan lupa buang sampah."

Darris ingat tokmi soh dia yang buang, sebab mak aku.. seme yg kecik/muda, dia panggil adik.

Dalam kes ni, adik yang mak aku maksudkan adalah aku, bukan darris.

Darris tanpa komplen, dia amik 2-2 bungkusan sampah.
Pakai slipper dan nak pergi buang btol-btol.

Sampah tu ringan je sebab mostly tisu dan pampers aku je.

So, kesian + cute punya pasal, aku amik 1 bungkusan, dia pegang lagi 1 bungkusan.
Aku pimpin tangan dia ke arah tempat buang sampah.
Kiteorg jalan sampai ke gate luar. Tp aku yg pergi buang sbb tepi tu ada parit.
Bahaya lak kalo dia ikut sekali. Tak pasal-pasal, tergolek anak orang jatuh parit. O_o

Aku pon kadang-kadang konfius mak refer kat sape.
Sbb ade 4 adik. Aku, darris, aleesya dan hakeem.

Aku.. adik la kan, dah anak paling bongsu. :P
Aleesya tu adik pada Ryan, mak panggil dia adik, walaupon dia tu adalah kakak pada Darris.
Hakeem tu adik pada Pika, mak panggil dia adik.
Darris, obvious la dia paling kecik, confirm panggil adik.

Kadang-kadang, mak panggil darris - ADIK BABY.

ADIK BABY.. OOOO ADIK BABY. JOM TUKAR PAMPERS.

Adik baby - Double the adik. Hahahah.

Confirm tak tertukar kalo mak guna "adik baby".

Labels: , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...