Thursday, June 02, 2016

Kisah Seram Light-Up Shoe

Year happen: 2011 kot



ni tahun bila tah, tak ingat. tapi balik kampung time chinese new year. masa tu kiteorg (mak, ayah, aku, akak, hakeem, pika, bil pon ade kot) balik kampung. bermalam kat rumah nenek.

nenek biasa tido kat bawah, kat dapur. ade 1 katil kat situ, sebab dia malas nak naik turun tangga. nak dijadikan citer, kiteorg selalu akan bawak masuk kasut2 semua kat dalam. so sebelah katil nenek, ade tempat letak kasut.

hakeem bawak kasut yang akan menyala bila dipijak, asal ada pressure aje, dia nyala la. lip lap lip lap warna warna lampunya.

malam tu, nenek tido macam biasa. esoknya, nenek citer kat kiteorg. dia kate, dia terbangun tengah2 malam, perasan ada lampu warna warni dok nyala. biasanya, gelap je, sebab nenek tutup semua lampu. dia heran la lampu ape yang nyala? rupanya kasut hakeem yang menyala.

nenek tak seram pon, dia tido je balik. sebab dia tatau kasut tu kena pijak/tindih dulu baru nyala. dia ingat biasa la, kasut tu nyala sendiri. kiteorg pon tak bagitau dia pasal kasut tu. aku dengan akak dok berpandangan jela.

persoalannya kat sini, macam mana kasut hakeem boleh menyala dengan sendiri? sapa yang 'pakai'? tade kasut lain yang bertindih atas kasut hakeem. JENG JENG JENG!

Labels: , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...