Sunday, June 07, 2015

Makan dan Minum Berdiri Amalan Disukai Syaitan

Saya dengan mak selalu ingatkan budak-budak supaya jangan minum + makan berdiri, sebab tu amalan yang disukai syaitan.

Nak dijadikan citer, jiran selang 1 rumah, ada bagi ice cream batang. Dia tau cuti sekolah ni, bebudak memang berkumpul kat rumah kiteorg lah. So aritu, derang mintak nak makan ice cream batang tu. Tapi ada syarat, kena makan kat belakang rumah, luar dapur. Saya potong 2 ice cream batang tu separuh, dapatlah 4 batang, sorang separuh. Hakeem taknak makan, so separuh lagi saya la yang kena habiskan. Ice cream saya tu, saya kemam kat mulut, sebab nak kemas dapur sambil-sambil tu.

^
gambar hiasan dari koleksi1001resepi

Budak-budak heret kerusi plastik kat luar kawasan dapur. Sekali sekala saya jenguk tengok derang, takut derang buat benda yang tak sepatutnya. Hakeem dan Ryan mintak roti + nutella plak. Pestu, Aleesya dan Pika nak lagi ice cream. Saya memang keluar masuk rumah la, dengan ice cream tu bergayut kat mulut saya. Kena lap titisan ice cream yang tertumpah kat lantai skali.

Dah sudah tu, saya diri la kat luar tengok derang, sambung makan ice cream dengan aman, saya lean against pintu, kaki bersilang, seolah-olah duduk tipu-tipu style bujang lapok.

Tiba-tiba...

Aleesya: Semua orang makan ice cream. Budak-budak semua duduk. Cheesue sorang je berdiri.
Cheesue: Haa yela. Dah korang mintak macam-macam. Nak duduk pon tak senang.
Aleesya: Cheesue makan sambil berdiri!
Cheesue: Huh?
Aleesya: SYAITANNN!!! *sambil jari telunjuk tunjuk kat saya*
Cheesue: Opps! *lari masuk dapur tak tahan gelak*


saya masuk dapur, sambung makan ice cream sambil duduk. kejap je pon, sebab 50% dari ice cream tu dah cair. dah sudah, saya masuk bilik mak, citer kat mak apa yang terjadi. :P

aduhh.. malu jugak. tp lawak tu lebih dari rasa malu.

Kalo nak tunggu dok diam-diam baru makan + minum, jawabnya memang tak termakan dan terminum la saya, sebab nak selesaikan macam-macam dalam 1 masa.

Budak-budak ni plak jenis banyak demand. dengan nak air guava dalam botol, teh susu dalam botol, milo sejuk, milo suam, air coklat, roti + madu, roti + peanut butter, roti + nutella, oatmeal, nestum, nugget, hotdog, maggi, pancake.... macam-macam ada. Kalo tak kena buat ikut selera derang, terus tamo makan/minum bende yang kite buat tu. So curi-curi jugak la makan/minum sambil buat keje. :P

...

Alang-alang nama blogpost pon dah pasal amalan yang disukai syaitan, saya share terus la kat sini.

credits to: https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/02/02/14-amalan-yang-disukai-syaitan/

Jauhi 14 Amalan-amalan Yang Disukai Oleh Syaitan

1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri
2. Syaitan makan dan minum dalam keadaan berdiri.
3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi.
4. Syaitan kencing di telinga. (membuat seseorang tidur sehingga pagi, terlepas solat subuh)
5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam. (bila seseorang tidak membaca bismillah ketika memasuki rumah, sebelum makan dan minum)
6. Syaitan makan sisa-sisa makanan. (bila makanan seseorang terjatuh, dan tidak mengutipnya.)
7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan.
8. Syaitan mengganggu ibadat manusia.
9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan.
10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan.
11. Perasaan marah adalah daripada syaitan.
12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja.
13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan.
14. Syaitan boleh membesar seperti rumah. (bila kita mencelakakan syaitan, syaitan akan bertambah besar dan kuat. sebaiknya sebutlah Bismillah, syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat)

nak detail lagi, boleh baca directly kat link yang saya bagi kat atas tadi. tak sure la siapa yang tulis bende tu originally, memang nampak ramai yang share bende yang sama aje. :P

Labels: , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...