Saturday, May 31, 2014

Random Acts of Kindness #4

Random Acts of Kindness (RAOK) kali ni ada kesinambungan sket, bab terlupa dan tertinggal barang.


DID YOU LEAVE SOMETHING BEHIND?

Tarikh: 24 May 2014
Lokasi: Klinik Pertama previously known as Klinik Alam Medic @ PV12

Ingat tarikh sebab kejadian baru aje berlaku last week. :P

Mak tak sedap badan, batuk-batuk. So alang-alang nak keluar pergi makan dinner, singgah skali pegi klinik. Lepas dah pass mykad mak kat kaunter, kiteorg pon tunggu giliran. Ada 3 orang aje nak jumpe doc. Mak orang yang ke-3. Pesakit pertama dipanggil masuk. 1 family masuk bilik consultation. Salah sorang dari family member, saya assume suami pada salah sorang yang masuk, bila dia bangun tertinggal kunci kereta kat tempat duduk. Mungkin kunci tu terkeluar dari poket dia kot. Masa tu saya tak perasan lagi. Tapi bila derang dah masuk dalam bilik doc, macam biasa mata saya mula la melilau tengok keadaan sekeliling, tetibe nampak ada benda atas kerusi tak jauh dari saya. Nampak macam kunci kereta. Dan saya tau, orang laki tadi yang duduk kat situ. Mesti dia punya kan? Saya pon tak pk lame, trus pegi amik kunci tu, letak sebelah saya. Karang derang keluar saya passkan balik.

Ada orang lain jgk kat situ, pesakit #2 dengan kawan dia. Dari orang lain yang amik dan saya pon tak sure derang akan pulangkan ataupon amik kesempatan atas kecuaian orang lain (cth: curi kereta orang tu), baik saya yang amik kunci kereta tu dan bagi sendiri kat tuannya. Itulah la yang selalu saya pk bila bende-bende mcmni jadi. Btol tak? Saya jugak yang akan rasa bersalah, kalo tak bertindak dengan cepat, last2 bende tu jadi lain plak. Huhu.

Masa saya nampak kunci kereta tu tersadai sorang-sorang atas kerusi, saya teringat, dah lame dah Allah tak bagi saya buat keje amal ni. Dulu kerap, sebulan skali at least ade something berlaku. Bila nampak depan mata ni, sahut cabaran la ape lagi kan? :P

Lama jugak orang tu kat dalam bilik consultation, paling lama la, dalam 15 minit kot. Yang 2nd 1 minit pon tak sampai, mak pon tak lame kat dalam.

Lama sangat tunggu, lagi la anxious saya menunggu nak passkan kunci tu. Hahaha. Last-last keluar jugak la. Keluar-keluar, terus derang bayar bill dan meluru keluar. Saya pon cepat-cepat bangun passkan kunci kereta kat laki tu. Boleh tu derang terus nak keluar, memang derang tak aware langsung kunci hilang. Kira tak check poket la ni. Sorang perempuan cakap,"Nasib baik ada orang prasan kunci terjatuh, kalo tidak, balik jalan kaki la kiteorg". Hahahhaa..

Moral of the story: bila korang bangun nak tinggalkan sesuatu tempat, tak kira la kat mane pon, korang pusing dan tengok balik kat kerusi, kat meja, ada tinggal pape tak? Check dalam poket/beg, semua barang ada tak? Ada wallet/purse? Ada kunci? Buat checklist cecepat sebelum beredar pergi. Dan ingatkan skali, family/kawan korang, soh derang check jugak harta masing-masing. Saya memang buat macamni. Insyaallah takkan hilang/tertinggal barang lagi dah. :D



DID YOU LEAVE SOMETHING ON YOUR CAR?

Tarikh: May 2014
Lokasi: Kawasan perumahan

Ahaa. mesti korang penah terdengar kisah orang letak barang atas bumbung/bonet kereta, terlupe nak amik balik, dan terus masuk dalam kereta dan drive. bila dah drive, barang tu dah tergolek jatuh kat jalan raya, no where to be seen.

Nak dijadikan citer, kiteorg nak keluar jenjalan, tengah drive keluar dari kawasan perumahan kiteorg. mata saya ni terpandang kat belakang 1 kereta ni. something isn't right. ada sepasang kasut kat bonet kereta. kasut pejabat plak tu, leather shoes. saya pon bagitau la kat mak dan ayah. mak pon tengok la, baru dia perasan,"A'ah la". saya dok kat seat passenger belakang tau, saya spot dulu sebelum mak dan ayah saya yang sah-sah dok kat seat depan. despite wearing glasses, i have hawk-eyes. mata terlebih bulat. :P

Tukang drive kereta - ayah saya, so kiteorg suggest ayah drive ke tepi supaya boleh bagitau kat orang tu. Mula-mula macam tade can aje nak bagitau, sbb kereta tu kat depan kiteorg. Tapi, kalo ikutkan, boleh je ayah hon ke atau signal lampu ke, tp ayah plak tamo. unconcerned citizen alert! huhuhu.

Tetiba, kereta tu berhenti kat tepi, dia jwb phone. Peluang baik ni, leh benti kat tepi kereta tu dan bagitau. again.. ayah tamo benti.. trus je berlalu pegi. sadisnya. Mak dan saya membebel kat ayah. T_T

Misi RAOK tidak berjaya!

Entah apa la nasib kasut orang tu. Semoga ada orang lain yang baik hati membantu.

Moral of the story: If you want to get the job done, you got to do it yourself.

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...