Saturday, May 03, 2014

Calendar Clip disangkakan Padlock?

ryan buat lawak arini..

aku ade la beli calendar clip untuk ikat roti. bila kepit guna clip ni lebih kemas dari gune tag roti, tak cepat masuk angin.

rupe dia gini..


^
credit to Pearl's Closet for the photo above. too lazy to snap my own calendar clip. :P

calendar clip tu sambil kepit plastik roti, sambil tu jugak boleh letak expiry date roti. kalo hilang tag, at least boleh tengok kat clip tu. kat rumah ni, memang tag roti tu senang nak hilang.

so nak jadikan citer. ryan meluru ke peti sejuk dan bawak kuar roti Gardenia. bila dah dapat roti, dia duduk semula kat kerusi dan peluk roti tu. lame jugak dia dok peluk roti tu. heran aku, lapar lagi ke budak ni? bukan ke tadi baru je telan 2-3 ketul ketupat palas?

aku tanye ryan, "nak makan roti ke?", dia senyap aje, tetap jugak dok peluk roti.
aku tanye lagi skali, baru dia jawab.. "nak mkn roti" dalam nada sedih.
pestu aku tanye dia, "nape peluk roti lame sgt?"
dia ckp, "tak reti nak bukak (clip). mcmmane nak bukak ni? ape password dia? cheesue bagitau la."

terkedu aku. wahahahhaah.

rupenye dia ingat nombor-nombor kat clip tu, macam padlock berpincode. hebat hebat.. ade locking system utk roti. takde sape leh curi roti kat rumah ni. hahahah. padan la ryan dok peluk roti lame sangat sambil dok pusing-pusing nombor-nombor tu.

awal-awal guna clip ni, mak dan ayah pon tak reti nak bukak, tapi tade la sampai ingat kene letak pincode. kene pandai tarik jela. :P

aku bila dah abih gelak, aku pon explain la, "ini bukan padlock sampai kene bukak gune pincode. kene tarik 2 belah clip tu je untuk bukak. nombor-nombor kat clip tu untuk letak tarikh tamat tempoh roti, supaya kite tau bila roti tu dah tak fresh. kalo kite makan roti selepas tarikh tamat tempoh, mungkin boleh sakit perut." macam biasa aku explain detail terus.

dia pon balas, "oooooooooooooooooooo gitu. nape tak ckp awal2." ni ayat bese dia la.

cheesue: roti ni ryan nak makan dengan ape?
ryan: dengan kacang
cheesue: huh? kuah kacang sate tu ke? err.. *aku malas nak panaskan*
cheesue: makan dengan nutella jela, boleh?
ryan: haa.. boleh boleh.
cheesue: *fuh selamat! tayah panaskan kuah kacang. haha*

Labels: , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...