Monday, April 21, 2014

Mysterious Cat

note: this blog post has been recently updated. scroll below to read the updated portion.

Kucing ni pengunjung tetap rumah saya. Tatau la kucing jiran yang mana satu, tapi tiap-tiap hari muka dia mesti ada. Yang peliknya, saya tak penah dengar pon dia meow mahupon purr. Dia ni jenis tak mesra alam sket. Saya tegur dia buat tatau aje, selalu buat muka seposen. Sombong! Nak sentuh memang taleh, sapa-sapa datang dekat sket dia akan terus lari. Dia pon bukan jenis yang akan datang dekat, suruh orang usap, pestu pusing-pusing kat celah kaki orang macam kucing-kucing lain. First time saya jumpa kucing yang introvert.

Rumah saya ni kira macam R&R la, ada kemudahan toilet dan tempat berteduh untuk kucing-kucing taman ni. Tapi makanan tak disediakan. Mungkin la, in the future akan sediakan makanan sekali. Bagi makanan kat binatang, murah rezeki. :P

Kucing ni hari-hari datang rumah saya buat benda yang sama. Dia ada rutin harian tau. Jangan main-main.

pagi selepas subuh (masih gelap) : bertenggek atas kereta
bila dah cerah sket : lepak atas rumput
bila hari makin panas : lepak kat tempat teduh
petang-petang : bertenggek atas tunggul pokok
waktu maghrib : bertenggek atas kereta

tempat favourite : duduk atas timbunan tikar, sambil teman saya sidai kain dan angkat kain. wahahaha. :))

aktiviti favourite : kejar burung / tupai / rama-rama. tido bawah kain jemuran, sambil kuis-kuis kain jemuran.

Kalo korang tengok bebetul, kat badan dia ada pattern bentuk LOVE. :D








....

//updated: 25 April 2014. An email conversation between mieza and me.

kucing tu ade progress dah sket.

aritu dia dok intai dalaam umah. pintu belakan bukak.. so dia try la masuk. aku dah pandang dah.. cakap kat dia, "wah dah berani masuk rumah, masuk la cepat". tp sambil dia jalan masuk tu sambil pandang aku la.. kire still takut jgk. hahaha. tak masuk dalam mana pon. takat intai tong sampah. aku plak baru aje buang sampah. so tong yang dia intai tu, kosong la.. plastik baru lagi, tade sisa makanan. hahhahaa. hampa dia. terus meluru kuar..

2nd time plak.. kat depan rumah. pintu depan terbukak luas.. aku panggil la soh dia masuk dalam. nampak muke dia macam teringin aje. hahaha. mak aku plak ade kat tepi, mak halau, aku soh masuk. confuse dia. nmpk la kaki dia macam ke depan jap.. pestu gostan semule. kepala dia pandang mak, pandang aku.. kejap pandang mak, pandang aku. leh bygkan tak? dengan kaki kejap ke depan kejap kaki ke belakang tu. wahahah. lawak giler. jahat mak aku. dah la susah payah aku nak bermesra dengan kucing tu. tiap kali aku sidai baju tu, aku dok cakap-cakap la dgn dia, eventho dia senyap aje. huhuhuhu.

kucing ni la yg paling payah skali - jual mahal. tak penah lagi jumpe kucing macam ni. dah la tak bunyi langsung. aku dok meow meow, langsung takde respon. kucing-kucing lain, elok aje reply balik.

bila aku fikir-fikir, kucing ni versi aku dlm bentuk kucing ke? similarities tu memang ade la. gini ke aku dgn manusia lain? padan la tak ramai kawan. T_T

....

//updated: 27 April 2014. An email conversation between mieza and me.

update kucing lg.. :))

arini aku sidai kain lewat sket, sbb start mesin basuh lewat. yg aku basuh tangan siap dulu, itupon sebab ade 2 helai aje, 2-2 mak punye. so aku sidai yg tu jela dulu. mase tu kucing tu tak datang lagi..

pestu kak linda datang cuci umah. pintu depan terbukak luas la. sebab dok vakum + mop seme, saje nak bagi angin masuk + biar lantai cepat kering.

aku dok lepak kat bilik mak. ade dlm 10 minit lg mesin basuh siap.. so sambil tunggu sambil tgk tv.

dah cukup 10 minit aku pon pegi la ke belakang angkut kain yg dah siap + pakai tudung untuk kuar sidai kain kat luar. dah sudah, aku jalan la ke dpn rumah, tetibe aku tengok kat ruang tamu yang bercarpet tu, kucing LOVE tu dok kat situ. dah berani masuk dalam umah, dok tercongok kat carpet plak tu. muke macam dok tunggu aku lame aje. hahahhahah...

ayah tade umah.. so dia nampak aku, tak gelabah la, sebab dah biasa dah kot. dia bangun pestu meluru kuar ke pintu. aku jalan blkg dia sambil angkut bekas laundry. kucing tu trus pegi tempat sidai kain, pestu duduk kat port biasa dia, kat atas timbunan tikar. sambil aku sidai, sambil tu dia tengok aku. hahahah..

dia tunggu aku ke? sampai masuk dalam tu... agaknye diapelik kot, selalu kul 8 tu besenye aku dah kat luar tengah sidai kain.. tp aku tak kuar2 lg.. almost kul 9 lebih baru kuar rumah. :))

aku dok meow meow,. tak jwb2 jgk. cettt.. anyway, dia ni kucing jantan.

sekian citer kucing utk arini..

....

//updated: 6 May 2014



Berjaya snap gambar dia dok atas kereta. :P

Labels: ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...