Monday, January 27, 2014

Kisah Pistol Mainan


^
credits to globalgrind.com for the image above

tengahari tadi pistol ryan (sebiji macam dalam gambar kat atas), hakeem sorok. 1/2 hari jugak kiteorg dok cari. tak jumpe-jumpe.

penat aku dok bongkok, cari kat bawah kerusi, meja.. merata tempat. tak jumpe-jumpe jgk. pestu, aku macam dok diam la kejap. dok try ingat balik. sambil-sambil selami jap, kalo aku jadi hakeem mane dia akan sorok mainan. last-last aku dapat idea. aku bukak pintu belakang, ade skuter kat situ. hakeem jenis suke simpan barang dalam skuter. ni kire aku baru teringat la. so, aku bukak boot skuter, doa sket, semoga pistol ade dalam tu. alhamdulilah memang ade dalam tu. bila tah dia kuar pegi belakang. mase aku dok simpan stok baru jus mengkudu la kot. :))

....

sebelum-sebelum tu, kiteorg try tanye dia, "mane hakeem sorok?", dia buat muke seposen aje. memang tak bagitau langsung la. sengih-sengih je. ryan dah marah-marah la kat dia. hakeem plak ikut sekaki ryan. macam tak phm lak. org tu tengah marah.. tapip dia saje dok mengendeng plak.

bila pistol tu hilang, ryan macam biasa akan cakap "tamo kawan dengan hakeem". pika ni jenis, kalo ryan tamo kawan dengan hakeem. pika akan menyebelahi ryan. tak penah nak defend adik dia sendiri. so 2 org la tamo kawan dgn hakeem. pestu, aleesya datang.. "kesian hakeem. takpe-takpe. hakeem boleh kawan dengan aleesya".

tapi dlm kawan-kawan tu.. ade 1 kes plak. aleesya dok berlakon jd penjual gula-gula. ade la dia pegang 1 bekas penuh dengan sweets. hakeem dtg mintak la sweets tu dari dia. aleesya ckp.. "kene bayar.. 2 RM 1". aduhai.. mail upin ipin punye pasal. hakeem ni jenis tak reti nak play along. so dia tak bagi la duit. patutnye, hulur duit olok-olok la (invisible). kire jadi la tu. bukan kene bagi duit betol pon. tp hakeem terus amik 1 bekas sweet tu... dan lari, mcm pencuri. hakeem kene kejar dgn aleesya. aleesya jerit, "pencuri! pencuri!". aleesya sempat tangkap hakeem. wrestling la kejap. aleesya plak jenis berlakon bebetul trus. wrestling sampai pegang leher la. bayangkan aleesya yg montel tu dok buat headlock kat hakeem yang kurus melidi, terbulat biji mata hakeem. aku plak jd referee.. kene leraikan derang. :))


^
Credits to 1Funny.com


lebih kurang ginilah aleesya headlock hakeem.

sekian, kisah hari ni. :P

Labels: ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...