Thursday, November 21, 2013

Random Acts of Kindness #3

GOOD THING ABOUT BEING TALL

Lokasi: Giant Taman Permata & Giant Sri Gombak

Saya tengah grocery shopping. Mak saya ni tak larat nak jalan cari barang, selalunya, dia akan duduk setempat la tunggu saya shopping sorang-sorang. Bila dah selesai, baru saya panggil dia untuk bayar kat cashier. So tengah2 dok isi barang dalam trolley ikut grocery list, saya pegi ke aisle Tissue Paper. Memang nak beli Tissue Box pon. Kiteorg suke beli Tissue Premier, dan Premier selalunye kat shelf belah bawah2 aje.

Sebelum saya pegi kat aisle lain, nampak la sorang auntie ni dok struggling nak amik Kitchen Towel kat shelf teratas skali. Auntie tu dah jinjing kat tippy toes dah, tak sampai jugak. eheheh. Saya ape lg, bila tengok org dlm kesusahan, rase ringan tulang plak nak membantu.

Saya pon pegi la dekat auntie tu. "Err. Auntie, nak saya tolong ke?" Ehehee. kene tanye dulu tau, jgn tolong trus. Auntie tu sengih2, pestu angguk2 nak saya tolong amikkan. Alhamdulilah saya ni tinggi, dapat la amik Kitchen Towel untuk auntie tu. Auntie tu cakap, "Terima kasih. Untung lah awak tinggi, boleh tolong orang." Ehehe.

Kalo tgk pada lokasi yg saya tulis kat atas, situasi ni berlaku kat 2 Giant yg berbeza, hari pon lain2 la. Yg Giant Taman Permata, saya tolong sorang auntie yg nak amik kitchen towel. yang kat Giant Sri Gombak, saya tolong auntie lain plak amik Tissue box. 2-2 kat shelf paling atas, dan 2-2 kat aisle jual tisu. :P


EXCHANGING FOOD WITH FRIENDS

Lokasi: MMU Cyberjaya

Saya tatau org yg berkenaan ingat lagi tak kejadian ni. whatever it is, bende tu sampai skang saya ingat. mungkin sebab ape yg dia ckp kat saya lepas saya 'tolong' dia.

Okay, kisahnya begini. Niat nak kuar KL dgn kawan. Sebelum keluar, alas perut kat foodcourt. Masing-masing beli sandwich. Kawan beli Cheese Sandwich, dan saya beli Tuna Sandwich. Setiap sandwich dah dipotong 2, so ade 2 keping sorang. Tengah-tengah dok makan tu 1st slice, kawan saya mengadu, sandwich dia rasa lain macam aje. Saya pon try la sket, tengok betul ke tidak, ke lidah kawan saya yg tak betul. :P

Saya rasa sandwich kawan saya tu okay aje. Tade rase pelik pon. So since saya nampak muka kawan saya macam dah turn off nak habiskan sandwich dia tu, dari membazir, saya suggest dia switch sandwich dengan saya. Saya bagi sekeping Tuna Sandwich saya kat dia, dan dia bagi sekeping Cheese Sandwich dia kat saya. At least dia makan something la jugak. Masalah settle! Yippie!

Tengah-tengah sambung makan, dia ckp, "Baik hati la awak ni. Payah nak jumpe kawan macam awak". erk. Saya ni bila orang puji saya, saya tatau nak respond macammane. so diam aje la.. senyum pon malu2 gitu. :))

Anyway, saya makan sandwich kawan saya tu, alhamdulillah, tak sakit perut. mungkin kawan saya tak suke mayonis kot. ade la sket mayonis celah2 cheese slice tu. :P

....

walaupon bende yg saya tolong tak hebat mana pon, tapi perasaan lepas tolong orang tersgtlah rewarding. ditambah plak dengan sinar cahaya kat muke org tu, dengan senyuman yg melebar sampai ke telinga, i feel warm and fuzzy inside.

Labels: ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...