Monday, October 28, 2013

Doa Abu Darda: Perlindungan diri, keluarga, harta dan pagar rumah

Malaysia dah tak selamat. Nak keluar rumah pon takut. Takut kene ragut/rompak. Takut kena tembak/tikam. Takut kena serang dek orang gila. Kat rumah pon blom tentu selamat. Macam kes Cameron Highlands, tengah nyenyak tido, tetiba empangan melimpah, hanyut dibawa air. Huhu.

So apa boleh kita buat?

...

Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.

Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.

Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.





Maksud:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.
Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan Arasy yang agung.
Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi,
Dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi.
Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu
Dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku
Dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

credits to www.wanhassan.com

Labels: ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...