Tuesday, July 02, 2013

The Problem Solver



My mum ada beli skincare yg baru. Dalam set skincare tu ada 2 jenis cream dan 1 sabun muka. Yang tricky adalah cream, since ada 2 jenis cream, cream tu kene pakai alternate days. 1st day pakai neutralizer, 2nd day pakai day/night cream, dan ulang la sampai cream neutralizer tu abis. Bila neutralizer dah abis boleh pakai day/night cream hari-hari. So problem mak saya, dia dah tak ingat sepatutnya dia kena pakai cream yang mana satu, so cycle tu mungkin dah lari la. Hahaha.

So beberapa hari yang lepas, dia ngadu la pasal cream ni kat saya. This is the conversation.

Mummy: Macam mana ye nak ingat cream mana yang mummy kena pakai?
Me: 1st day pakai bila? 
Mummy: 24 June...
Me: Okay, ingat je macam ni. Kalo hari genap pakai neutralizer. Kalo hari ganjil pakai cream biasa. Hari ni 29 June, hari ganjil, so kene pakai cream biasa. Esok 30 June, hari genap, so pakai neutralizer. Senang kan nak ingat? :P
Mummy: Wahhhh.. betul jugak tu. Pandainya Adik ni!
Me: Wahahahah... :D

Saya suka la bila boleh solve problem orang. :)

Saya kalo buat pape, saya suke cuba cari cara paling mudah untuk solve sesuatu. Even bende yang dah senang pon, saya cube nak senangkan lagi.

Contoh, tindakan biasa untuk catit nombor telefon (atau pape jela) yang terpampang kat mana-mana adalah salin guna kertas dan pen/pensel kan? Tapi saya akan snap gambar aje terus, I've done it so many times; untuk salin nombor telefon dari TV, untuk ingat plate number bas setiap bila buat group travel, untuk salin nombor telefon kat banner tepi-tepi jalan, untuk ingat nama ubat.. etc.

Yang saya perasan,bila dah snap gambar, saya boleh hafal/ingat benda tu lebih senang. Tetiba ada photographic memory plak. Kalo tak snap gambar, cepat plak lupa. Hahaha. Pelik kan?

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...