Tuesday, December 13, 2011

Doa Buat Anak-Anak Tersayang

Salam & Hi,

Mummy ada pass 1 keratan kertas yg dah azab sgt rupe dia. kertas tu ade doa utk anak-anak. mummy soh type semula dan print out, nak share kat akak, abang, abang ipar dan akak ipar. so lepas dah siap type tu, saya print out la dalam 5 helai. sambil-sambil tu baik share dalam blog skali. :P
p.s: payah benar nak type perkataan dengan penuh ni. rase tak reti plak. ekeke. biasa dok tulis shortform. tetibe nak tulis penuh mcm seksa aje. boleh ke? :-s

.....
Ya Allah, Ya Tuhanku…
Jadikanlah aku seorang ibu / ayah yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anakku.
Jadikanlah aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar.
Jadikanlah aku seorang yang jujur, baik hati, adil dan tegas.

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Jauhkanlah aku daripada bersifat zalim dan kejam ke atas anak-anakku.
Jauhkanlah aku daripada memalukan, membodoh-bodohkan dan menghina mereka.
Jauhkanlah aku daripada mencemar pertumbuhan mereka yang sihat.

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Berikanlah aku petunjuk ke arah jalan yang benar dan Kau redha.
Berikanlah aku kekuatan rohani dan jasmani supaya aku dapat memberikan kasih sayang dan kebahagiaan sejati kepada anak-anakku.
Berikanlah aku taufiq dan hidayah untuk mendidik dan membimbing mereka ke arah keimanan dan ketuhanan dan disiplin yang tinggi.

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Layakkanlah aku menjadi seorang ibu / ayah yang berhemat dan berdisiplin tinggi.
Layakkanlah aku menjadi seorang ibu / ayah yang boleh dicontohi dan dihormati.

Ya Allah, Ya Tuhanku…
Perkenankanlah restuku ini.

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...