Sunday, November 27, 2011

Korang Dah Daftar Haji?

saya dah, 2 minggu yg lepas. mula-mula nak buat secara online, tapi akaun tak active pulak, so tak boleh nak daftar online, sebab last time update buku akaun tahun 1999 kot. hahaha. so kene pegi jugak ke Tabung Haji la. tp kejap je daftar.
sampai2 tu ada orang directkan kiteorg trus ke kaunter 1, disebabkan akaun sy ade RM 1300+, boleh terus daftar untuk haji. macam mak saya pulak, dia punya akaun ade dalam RM 1000+, so kene masukkan dalam RM 300 baru boleh daftar untuk haji. mak saya daftar sebab nak buat haji kali ke-2.

sy dpt tahun yg sama dgn mak. tahun 2043. ekeke. umur saya mase tahun 2043, 61 tahun. umur mak pulak 92 tahun. wahahah. obviously, kiteorg tamo tunggu la sampai tahun 2043 baru nak buat haji. bila dah cukup duit nanti terus buat haji. staff Tabung Haji tu cakap, kalo nak buat haji awal dari tarikh yang telah diberikan, kene tulis surat rayuan bagitau dah mampu dan boleh ikut pakej swasta (kalo nak).

^
ini slip daftar saya.

...

Macam saya dah mention td, tabung haji ada sediakan pendaftaran online untuk sesiapa nak daftar haji. So bawah ni cara-caranye.

PENDAFTARAN HAJI

Bagaimana pendaftaran Haji melalui web di laksanakan?

Pendaftaran haji (web) ini membenarkan anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui TH tanpa perlu pergi ke pejabat TH. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membaca dan menerima syarat-syarat pendaftaran dan mengisi borang pendaftaran secara Online. Setiap pendaftaran haji (web) akan disemak oleh pihak TH bagi memastikan maklumat yang diterima adalah betul dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup. Proses ini juga akan melibatkan anda dihubungi melalui telefon ataupun e-mel. Apabila pihak TH telah berpuas hati dengan maklumat yang diterima, pendaftaran sebenar akan dibuat dan no pendaftaran haji akan dimaklumkan kepada anda.

Siapa yang layak mendaftar?

Semua warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan di TH. Walaubagaimanapun kelayakan pendaftaran bergantung kepada baki amaun simpanan TH anda. Baki minima untuk memastikan pendaftaran anda diterima adalah RM 1300.00.

Menu Pendaftaran
- Pendaftaran Baru (Jemaah M’sia di Malaysia)
- Pendaftaran Baru (Jemaah M’sia dari Luar Negara)
Perhatian : Hanya kepada Jemaah Malaysia yang memohon berlepas dari Luar Negara sahaja.

- Semak Pendaftaran
- Cetak Semula Slip Daftar

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...