Monday, October 24, 2011

Al Thiarah

Diambil dari buku Aqidah Ahl Al Sunnah Wa Al Jama'ah (Jilid 11)
Bab 1 : Beberapa Contoh Amalan Syirik (Dr. Abdullah Yasin)

~*~

MAKNA AL THIARAH

Al Thiarah atau Al Tathayyur, pada asalnya diambil dari perkataan Thair yakni burung, kerana org-orang Arab selalu menghubungkan rasa pessimis atau optimis mereka dengan kedaan burung terbang.

Caranye: Mereka melepaskan burung lalu mereka melihat ke mana arah burung tersebut terbang. Jika burung tersebut terbang ke arah kanan, maka mereka gembira sbb itu menandakan mereka akan bernasib baik. Tetapi, jika burung tersebut terbang ke arah kiri, maka mereka akan merasa sedih, sebab itu petanda musihah akan menimpa mereka.

Adapun menurut istilah agama : Al Thiarah ialah menghubungkan suatu yg didengar atau dilihat atau dimaklumi dengan bencana atau musibah yg akan menimpa.

Umpamanya: Jika melihat burung yang terbang ke arah kiri, atau mendengar ucapan seseoran : Engkau akan rugi, atau beranggapaan bahawa ada hari-hari, bulan-bulan atau tahun-tahun tertentu yang boleh membawa sial kepadanya.


AL THIARAH MEROSAKKAN TAUHID

Jika ditinjau dari sudut Aqidah Islamiyah maka Al Thiarah sebagaimana yang dimaksudkan di atas dapat merosakkan tauhid seseorang kerana dua sebab:

1. Orang yg meyakini Al Thiarah telah memutuskan tawakkalnya kepada Allah, lalu menyandarkan nasibnya kepada sesuatu selain Allah.

2. Orang tersebut telah menggantungkan sesuatu perkara kpd sesuatu yg pada hakikatnya tidak wujud. Umpamanya: Apakah hubungan nya hubungan yg terbang ke arah kiri dgn musibah yg akan menimpanya?

Jika tidak diragukan lagi bahawa Al Thiarah boleh merosakkan tauhid seseorang kerana tauhid adalah ibadah dan isti'anah hanya kepada Allah. Ini sebagaimana Firman Allah SWT:


"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan." ~ Al Fatihah / 1:5


"Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepada-Nya." ~ Huud / 11:123

Dan atas dasar itulah maka Rasulullah SAW mengahwini 'Aisyah RA pada bulan Syawal dan bergaul (bercampur) dengannya juga dalam bulan Syawal. Dan ternyata 'Aisyah adalah isteri baginda yang paling dicintainya. Nabi Muhammad SAW sengaja berbuat demikian untuk menghapuskan keyakinan Arab Jahiliyyah bahawa siapa yang kahwin pada bulan Syawal nescaya pasangan tersebut pasti tidak akan bahagia. Dan keyakinan ini tidak berasas sama sekali.


BAHAYA AL THIARAH

Kesan negatif atau bahaya yang ditimbulkan oleh thiarah pd diri seseorang tidak mungkin terlepas daripada 2 kemungkinan berikut, iaitu:-

1. Dia akan memperturutkan kehendak thiarah tersebut lalu meninggalkan usaha atau ikhtiar yg sewajarnya. Dan inilah jenis thiarah yg paling berbahaya.

2. Dia akan langgar kepercayaan tersebut tapi hatinya tetap takut, bimbang, tidak tenteram bahawa thiarah tersebut akan memberi kesan buruk kepadanya. Dan jenis thiarah ini lebih ringan berbanding thiarah jenis pertama.


MENANGKIS AL THIARAH

Kedua-dua kemungkinan tersebut di atas tidak diragukan lagi dapat merosakkan tauhid seseorang, bahkan dapat memudharatkannya. Oleh itu, jika kita menghadapi suatu Al Thiarah yang menurut kepercayaan sesetengah orang boleh mendatangkan perkara yang tidak diinginkan, maka sebaiknya kita membaca doa ini:

"Ya Allah, tidak ada siapapun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tidak ada kuasa yang dapat menolak bahaya kecuali Engkau, dan tiada daya dan tiada kekutan melainkan dengan izin Engkai." ~ hadis sahih Riwayat Abu Daud daripada 'Urwah bin 'Amir

Doa ini sangat sesuai dibaca oleh orang yang masih terdapat di dalam hatinya perasaan gerun atau takut terhadap kesan thiarah.

KAEDAH :

Untuk memudahkan bagi kita memahami kedudukan hukum Al Thiarah yang sebenarnya maka sangat baik kalau kita memahami kaedah di bawah ini. Malahan kaedah ini bukan khusus hanya untuk thiarah saja tetapi juga boleh kita pergunakan untuk perkara-perkara lain yang diumpama dengannya:

"Setiapa orang yang berkeyakinan bahawa sesuatu itu sebagai sebab, padahal tidak ada ketetapan bahawa ianya adalah sebab, samada ia sebab kauny (thabi'y) atau sebab syar'iy, maka hukumnya syirik kecil. Kerana kita tidak berhak menetapkan sesuatu sebagai sebab kecuali Jika Allah telan menjadikannya sebagai sebab, samada kauny (thabi'y) ataupun syar'iy. Adapun sebab syar'iy seperti bacaan dan doa, sedangkan sebab kauny atau thabi'u seperti ubat-ubatan yang telah dicuba kegunaannya." ~ Al Qaul Al Mufid : 11/96


HUKUM AL THIARAH

Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang dihalang oleh Al Thiarah daripada ia menunaikan hajatnya maka sungguh ia telah syirik." ~ HR Bukhari dan Muslim

"Al Thiarah adalah syirik, al thiarah adalah syirik." ~ HR Abu Daud dan Tarmizi - katanya sahih)

Berdasarkan dua hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis yang lainnya nyatalah bahawa hukum Al Thiarah adalah syirik. Namun demikian, apakah ia termasuk ke dalam syirik besar atau syirik kecil sangat bergantung kepada keyakinan orang berkenaan. Jika ia thiarah dengan sesuatu yang dilihatnya atau sesuatu yang didengarnya maka ia terlibat dengan syirik kecik yang tidaklah mengeluarkannya dari Islam kerana ia telah menjadikan sesuatu sebagai sebab yang Allah tidak menjadikan sesuatu sebagai sebab yang Allah tidak menjadikannya sebagai sebab. Kesan nyata daripada keyakinan seperti ini ialah dapat melemahkan sifat tawakkalnya kepada Allah dan dapat pula melemahkan azamnya untuk mencapai hajatnya. Jenis syirik ini termasuk syirik bersama Allah (Al Syirk Ma'a Allah), samada dalang tasyri' jika sebab itu sebab syar'iy atau dalam takdir jika sebab itu sebab kauny.

Tetapi andaikata ia berkeyakinan bahawa apa yang dilihatnya atau apa yang didengarnya itulah yang memberi kesan langsung atau menurunkan bencana ke atas dirinya, bukan Allah maka ia termasuk ke dalam syirik besar kerana itu bermakna ia telah syirik kepada Allah dalam penciptaan dan mewujudkan sesuatu.

Sebenarnya thiarah tidak dapat memudharatkan orang yang tidak percaya kepadanya dan tidak pula dipengaruhi oleh rasa takut kepadanya. Adapun orang yang tidak ikhlas tawakkalnya kepada Allah, malahan terlalu memperturut kemahuan syaitan dalam hal tersebut, maka terkadang-kadang boleh jadi dia ditimpa oleh perkara yang tidak diinginkan itu sebagai hukuman atau 'iqap daripada Allah ke atasnya kerana ia telah berpaling dari kewajiban beriman kepada Allah. Semestinya ia yakin bahawa segalakebaikan hanya terletak di tangan Allah. Dialah yang mendatangkan kebaikan kepada manusia dan Dia jugalah yang menolak bahaya daripada menimpa mereka. Adapun musibah yang menimpa manusia adalah kerana dosa manusia itu sendiri. Ini sebagaimana firman Allah SWT.


"Apa saja ni'mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu maka daari (kesalahan) dirimua sendiri." ~ An Nisaa' / 4:79

Di dalam masyarakat kita masih banyak kepercayaan khurafat yang tergolong ke dalam thiarah ini seperti keyakinan bahawa bersin sebelum berangkat meninggalkan rumah sebagai petanda atau alamat tidak baik, terpandang sesuatu yang buruk ketika sedang hamil dapat memberi kesan kepada kecacatan bayi dalam kandungan, hari atau bulan tertentu sebagai hari dan bulan yang tidak baik dan sebagainya.


KAFFARAT AL THIARAH

Hukum Al Thiarah adalah syirik. Namun demikian Nabi Muhammad SAW telah mengajar umatnya agai terlepas dari dosa syirik kerana thiarah sebagaimana yanga tertera di dalam hadis berikut ini :

"Barangsiapa yang dihalang oleh Al Thiarah daripada menunaikan hajatnya maka sungguh ia telah syirik. Mereka berkata : Kalau begitu apakah kaffarah (yang boleh menutuk dosa) itu? Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu berdoa:

"Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan Engkau, dan tiada thiarah melainkan thiarah Engkau, dan tiada Tuhan selain Engkau." ~ Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu' Amru ra)

Hadis ini menerangkan tentang keyakinan setiap muslim bahawa segala bentuk kebaikan ataupun musibah adalah daripada llah. Oleh itu anggapan bahawa burung mempunyai kaitan dengan musibah atau kesusahan yang akan menimpa seseorang adalah khurafat atau keyakinan yang tidak berasas sama sekali. Jadi ungkapan dalam doa kaffarat thiarah di atas : "Tiada thiarah (burung) melainkan thiarah (burung) Mu." maksudnya : Pengakuan kita bahawa sesungguhnya semua burung adalah milik Allah. Burung tidak dapat melakukan apa-apapun, malahan semua pergerakannya dikawal atau mendapat arahan daripada Allah. Ini sebagaimana firman Allah :


"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman." ~ An Nahl / 16:79

Oleh itu, jika seseorang yang gerun dengan thiarah lalu membaca zihir kaffarah di atas dan ia berpaling dan apa yang terguris di dalam hatinya dan tidak memperdulikannya, malahan ia teruskan pekerjaan yang ingin dilakukannya, sambil bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan hapuskan apa yang terdapat di dalam hati nya itu.

~*~

Nota tambahan dr Adieha.. :P

- Barangsiapa yang menyandarkan nasibnya kepada sesuatu atau seseorang, Allah serahkan hak seseorang dan berlepas diri.
- Maksudnya, barangsiapa yang meyakini Al Thiarah walau sebesar zarah sekalipon (spt ramalan zodiac, tarikh ramalan hari paling baik untuk berkahwin, tarikh ramalan hari kiamat ..etc) dan gunakan Al Thiarah tersebut sebagai panduan untuk menentukan nasib sendiri, Allah akan let go of u totally. let go ni maksudnye lepas tgn la. awak mintak tolong Allah pape, awak cube doa keselamatan awak dan family, Allah takkan dgr, takkan tolong. doa awak automatic akan direject. so bila jd mcm tu, awak akan terdedah dgn bala bencana. kenapa? sbb awak dah pilih utk rely on bende2 selain dr Allah utk tentukan nasib awak.

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...