Wednesday, September 28, 2011

Sharing a Nice Doa

Salam seme. ade lg ke reader blog ni? ehehe.

anyway, sy nak share 1 doa yg sy praktikkan mase sy pg umrah bulan lepas. actually, doa ni sepatutnye bace kat Raudhah, tp sy mmg praktikkan ari2 la sbb mcm best je doa dia. sbb mule2 tu ade puji2an kat Allah, kire mcm complete la. papepon, sy ade ubahsuai sket sbb ade part yg dia sentuh "terimalah ziarah kami dan kembalilah kami dgn selamat", so part tu jela yg sy buang.

.....

^
salah satu gambar yg sempat sy snap mase kat sane. :D
that's my mum btw, yg tgh berdoa tu. :P

.....

Dengan Name Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian milik Allah, pemilik sekalian alam, puji-pujian yang menepati segala nikmatNya, yang selaras dengan segala kelebihanNya, wahai Tuhan kami, untukMu puji-pujian yang selayaknya dengan keagungan dan kebesaran kekuasaanMu, selawat dan salah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabatnya. Wahai Allah! Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, datuk nenekku dan semua kaum kerabatku, saudara maraku dan sekalian guru-guruku, seterusnya sekalian orang-orang mukmin dan mukminat, juga muslimin dan muslimat, samada yang hidup atau yang telah mati, dengan limpah rahmat, wahai Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang.

Ya Allah, Engkau telah berfirman dan firmanMu adalah benar; jika mereka telan menzalimi diri mereka lantas mereka datang kepadaMu lalu memohon keampunan, Rasulullah juga memohon keampunan untuk mereja, tentulah mereka mendapat bahawa Allah itu Maha Menerima ampun, lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon syafaat nabiMu dan RasulMu, junjungan besar Muhammad SAW ke atasmu di hari yang padanya harta bernda dan anak pinak tidak dpat memberikan pertolongan sesuatu juapun, kecuali mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafiq). Dan bahawa Engkau sempurnajan keampunan kepadaku seperti mana Engkau sempurnakan kepada mereka yang sezaman dengan Rasulullah SAW.

Ya Allah, jadikanlah Rasulullah SAW orang yang mula-mula sekali memberi syafaat, yang paling berjaya memohon, dan paling mulia dari golongan mereka yang terawal dan yang terkemudian dengan kemuliaan dan kemurahanMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu bencana kepadaku melainkan apa yang telan Engkau tetapkan. Aku memohon ilmu yang berfaedah, hati yang sentiasa khusyuk, lidah yang selalu menyebut namaMu, limpah kurnia rezeki yang halal dan baik, amalan yang soleh yang diterima serta perniagaan yang tidak merugikan.

Ya Allah, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, ampunilah dosa-dosa kami, tenteramkanlah hati kami dari ketakutan, sempurnakanlah amalan-amalan kami dengan kebajikan, dan jauhilah kami dari bala bencana. Engkai jadikanlah kami dari golongan hamba-hambaMu yang soleh iaitu dari golongan mereka yang tidak takut terhadap musuh dan tidak merasa susah hati.

Ya Allah, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azah neraka. Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, berilah rahmat dari gedung kemurahanMu, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha memberi anugerah.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku serta seluruh mukminin dan mukminat pada hati rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Maha Suci Tuhanku, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan. Dan selamat sejahtera ke atas rasul-rasulNya. Segala puji-pujian tertentu bagi Allah Tuhan yang menguasai seluruh alam".

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...