Saturday, January 24, 2009

2 Tags + 1 Award

A) 1st tag + award

lame btol kite tangguh tempek award ni. award ni dr Nur Amalina, my carebear cousin.



cute blogger award yeh? sib baik personal blog, ni mmg comel. kalo tak, tak brp layak la. :P

Award ni disertakan dgn rules.

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. (check!)
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. (check!)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag). (refer bwh)
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda. (kalo kite skip this part boleh tak? haha)
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag. (kite nak skip no 4. so no 5 pon skip gakla.. haha)


10 fakta/hobi....

1) kite ni jenis org yg payah nak senyum. tp sekali senyum.. seme org akan cair. prasan :))

2) anak mata kite kecik je. berangan nak anak mata besar mcm pika. salah satu cara, pakai big black eyes. tp dah lame tak pakai lens. cam pelik dan tak selesa plak.

3) kite penah terhiris tapak tgn sendiri. eh silap. mase tu tgh basuh gelas, tetibe licin, gelas tu jatuh. kite plak pg sambut.. so serpihan kaca tu 'slice' tapak tgn kite. besar dan dlm la jugak. byk la jugak darah. tp tak pg clinic utk jahit. berubat sendiri je. tade parut pon. :P

4) hampir penah nak kuar jln2 tanpa pakai tudung. mase tu kat hostel, amnesia sat. nak kuar kat pintu hostel dah.. tetibe raba2 kepale... terase rambut plak. patah balik, masuk bilik .. pakai tudung. hahhaa.

5) fakta amnesia lagi. tgh shampoo rambut. tatau la nape, maybe sbb bengong sbb bbrp hari tak tido malam siapkan Final Year Project. nak shampoo rambut, pg amik body soap. nak cuci badan.. gune shampoo. hahhaa. so 2 kali kene shampoo rambut, 2 kali kene cuci bdn. 1st round, gune sabun salah. 2nd round baru yg betul. sib baik bdn aku tak berbulu..

6) fakta amnesia/bengong ke-3. aku tgh nak jemput kwn2 utk ke opis (internship), since aku ade kete.. dan aku lalu dpn hostel.. so kutip la derang skali. aku benti spot yg same, derang dah siap2 kat situ. derang amsuk.. aku terdgr pintu dah tutup, so aku pon drive la dpn. tetibe kwn aku ckp.. benti benti. rupenye tetinggal sorang. sorang tak sempat naik. pintu kete pon masih terbuka luas. sib baik tak tergilis sape2. uhuk.

7) suke tgk citer antu.. jepun/korea/hongkong/thai/etc.. ape2 yg buatan asia la. since antu omputih tak takut pon. takat bunyi lagu yg menakutkan ade la. tp hantu tak menakutkan buat ape? btol tak?

8) selain tu.. pape citer yg byk darah.. memancut darah.. yg gruesome, gory.. suke tgk jugak. hahah. asalkan aku tau bende tu tipu, aku terime la. kalo bende tu betul.. tamo la tgk. erk. :P

9) tak suke mkn nasik. kalo tade nasik mmg boleh idop. lg suke mknn2 omputih.. :)) tp kalo ade nasik je, bedal jela.

10) tak selalu sakit. kalo sakit pon.. takat selseme/batuk je. itu pon jarang2 la berlaku. ye ke? tp itu yg doc aku ckp la. :P :))

10. org yg menerima award ni ialah :
~ sape2 jela yg merasakan blog die comel.
~ dan.. aku nak tag kembar aku Mieza dan Johaza (paling rajin mengomen kat blog ni) :D


B) 2nd tag

1. Pernah menyambut tahun baru?
~ tak sambut. takat dok rumah, tgk tv.. tunggu countdown. adakah itu dinamakan celebrate NY?
~ kdg2, rajin sket, dok kat hotel mane2 kat KL 1 family. pestu nk dekat2 countdown dlm.. kul 11.30 pm, turun tgk fireworks.

2. Tempat yang anda selalu pergi untuk menyambut tahun baru?
~ di rumah, di dpn TV.
~ di Sungai Wang.. selalu dok kat Hotel KL Plaza.. or yg ape name tu.. lupe lak. seberang Low Yat. Hotel ape kat situ?

3. Apa yg anda buat di pagi tahun baru?
~ err.. tak buat pape. bgn mcm bese mcm ari bese je.

4. Apa yg anda suka apabila tibanya tahun baru?
~ mule la mengenang nasib.. aku makin tua ni. isk isk isk.

5. Anda percaya dengan azam tahun baru?
~ aku nak pinjam ayat Nur la. senang citer.. "Sudah semestinye..dgn adenye azam baru, prestasi diri dpt ditingkatkan!"

6. Senaraikan 3 orang yang ingin anda dekati tahun baru neh..
~ 3 org yg saye ingin dekati? erk.. ntah.
~ err. okla. orgnye adalah.. _ _ _ _ _ _ , _ _ _ _ _ dan _ _ _ _ _ . :))

7. senaraikan 3 org yg anda ingin singkirkan tahun baru neh.
~ _ _ _ _ _ _ ,  _ _ _ dan _ _ _ _ _ _ _ .

8. Pernah tak azam tahun baru anda tercapai?
~ pernah..
~ refer posting ni.. Tag 2005. azam nak kurus, akhir thn 2006 baru start. haha. akhir thn 2007 tercapai. :P

9. Azam anda tahun lepas (2008)?
~ tercapai...

10. Azam anda tahun baru ( 2009 )?
~ achieve all my dreams.. hihi. senang nye jwpn :))

11. Senaraikan 7 org penerima hadiah tag ini.
~ everyone who reads my blog.
~ skali lg kembar aku Mieza aku jdkan mangsa

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...