Wednesday, August 13, 2008

Fadhilat Surah

1. Terhindar dari syirik

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika kamu pergi ke tempat tidurmu (untuk tidur) pada waktu malam, maka bacalah surah Al-Kafirun hingga akhirnya, nescaya dia dapat menghindarkan kamu daripada syirik". (HR Imam Ahmad)

2. Agar murah rezeki dan selesa dalam perjalanan

Jubair bin Mat'am r.a berkata: Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku, " Hai Jubair, inginkah engkau agar penambilan dirimu baik dan perbekalanmu banyak jika kamu pergi untuk musafir?" Aku pun menjawab : Sudah tentu ya Rasulullah!

Baginda s.a.w bersabda:
" Maka bacalah olehmu lima surah, iaitu : Al-Kafirun, Al-Nasr, Al-Ikhlas, Al-Falaq, Al-Naas; dan mulakanlah tiap-tiap surah dengan Bismillahirrahmanirrahim.".

Selanjutnya Jubair berkata: Aku sentiasa mengamalkannya (setiap safarku) sejak Rasulullah s.a.w mengajarkannya kepadaku sehingga penampilan diriku adalah yang paling baik dan perbekalanku juga yang paling banyak dari mereka semua sehingga aku kembali daripada safarku. (HR Abu Ya'laa daripada Jubair bint Mat'am)

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...