Thursday, February 07, 2008

Gruesome Murder

This happened in my neighbourhood. Erk. And to even think that the guy went to pray Subuh yesterday morning (after what had happen). FYI, my parents goes to the same surau to pray Subuh everyday. Huhuhuhu.
Man kills mother, injures dad in attack
By V. Shumannews@nst.com.my
Source: News Strait Times (7 February 2008)

KUALA LUMPUR: A man, believed to be mentally unstable, hacked his mother to death and seriously wounded his father after an argument at their home on Tuesday. In the 8pm incident at a double-storey terrace house in Taman Harmonis, Gombak, the 33-year-old suspect repeatedly hacked his mother on the head and neck with an axe, and slashed his father with a knife.

The woman, a retired nurse in her 50s, succumbed to injuries minutes after being admitted to the Selayang Hospital.

Her husband, a retired teacher, is in a coma at the same hospital.

A police spokesperson said the couple were upstairs watching television when the suspect started throwing and breaking utensils in the kitchen.
"They rushed down to check and when they saw what was happening, they scolded their son.

"The suspect then turned his anger on the couple. He shouted at them before grabbing the axe and knife. He then started attacking his parents."

The suspect fled the scene through the back door.

The suspect's elder sister, who was at home during the incident, called the police.

Police found a blood-stained axe and a knife in a drain behind the house. The suspect turned himself in at the district police headquarters about 3am yesterday.

Police are now checking on the suspect's medical history. It is learnt that he has been unemployed for a long time.

The suspect, the youngest of three siblings, has been remanded for a week.

Tetak ibu, Kapak bapa
Oleh Junita Mat Rasid
ain@hmetro.com.my
Source: Harian Metro (7 February 2008)

GOMBAK: Hanya kerana permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi, seorang lelaki yang menghidap penyakit mental tergamak menetak kepala ibu dan bapanya dengan kapak berulang kali sehingga cedera parah sebelum melarikan diri dari rumah.

Tindakan kejam itu menyebabkan Aisyah Jakin, 60-an yang juga bekas jururawat, meninggal dunia ketika diberikan rawatan kecemasan di Hospital Selayang manakala suaminya, Hamdan Nordia, 70, yang juga pesara guru masih dirawat di hospital sama.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, suspek yang berusia 33 tahun membuat bising dengan memecahkan pinggan mangkuk di dapur rumah didiami di Jalan Harmonis 2, Taman Harmonis, Gombak, di sini.

Sumber polis berkata, berikutan itu, ibu dan bapa suspek yang ketika kejadian berada di tingkat atas rumah turun untuk menegur perbuatan mangsa.

Menurutnya, mangsa yang tidak puas hati dengan teguran itu keluar dari rumah sambil diekori ibu yang cuba menenangkan keadaan.

"Bagaimanapun, suspek naik angin lalu mengambil kapak dan pisau di tingkat bawah lalu mengamuk.

"Suspek menyerang ibu dan bapanya dengan kapak terbabit yang dihayun ke arah kepala dan leher berulang kali. Selain itu suspek dikesan menggunakan pisau untuk mengelar bapanya," katanya.

Berikutan amuk luar biasa itu, ibu suspek koma akibat ditetak di kepale, leher dan badan, manakala suaminya parah terkena tetakan di kepala dan bekalang badan manakala telinganya hampir putus.

Menurutnya, kakak suspek berusia 36 tahun yang turut berada di rumah ketika kejadian segera menghubungi polis sebelum anggota dari Balai Polis Gombak bergegas ke rumah berkenaan.

"Bagaimanapun, suspek terlebih dulu melarikan diri dari rumah sebelum sempat diberkas," katanya.

Polis menemui pisau dan kapak yang digunakan untuk menyerang mangsa dalam longkang berhampiran kediaman berkenaan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dirawat di Unit Rawatan Rapi. Bagaimanapun, ibu suspek meninggal dunia akibat cedera serius manakala suaminya masih tidak sedarkan diri.

"Suspek yang berjumpa rakannya selepas melakukan pembunuhan itu bagaimanapun menyerah diri di Balai Polis Gombak, Pagi semalam. Suspek turut membawa kad rawatan pesakit mental ketika ditahan," katanya.

Difahamkan suspek anak bongsu daripada tidak beradik sempat menunaikan solat Subuh sebelum dibawa ke Ibu Pejabat untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abdul Karim Abu Hassan yang menghubungi Harian Metro semalam berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif dan punca pembunuhan ngeri itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kejadian pembunuhan terbabit mengulangi kes sama pada Mei tahun lalu apabila seorang lelaki kurang siuman berusia 33 tahun membunuh ibunya berusia 70 tahun di Kampung Kelewek, Jalan Jedok, Tanah Merah, Kelantan.

Insiden sama turuh pernah dilaporkan apabila seorang lelaki pesakit mental menghentak ibunya sehingga maut dengan kayu selak pintu di Kampung Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan, pada 5 Januari 2007.

Kerap amuk
Oleh Junita Mat Rasid
ain@hmetro.com.my
Source: Harian Metro (7 February 2008)

GOMBAK: "Sebelum ini pun dia (suspek) pernak naik angin dna mengamuk, tetapi tidak seteruk ini. Kejadian ini di luar dugaan, malah kami terkejut apabila dimaklumkan beberapa minit selepas ia berlaku," kata seorang saudara mangsa amukan seorang lelaki dipercayai masalah mental sehingga meragut nyawa ibunya, Aisyah Jakin, 60-an, manakala bapanya, Hamdan Nordin, 70, parah.

Anak saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam kelmarin, di Jalan Harmonis 2, Taman Harmonis, dipercayai berpunca kegagalan warga emas itu memberikan wang kepada suspek berumur 33 tahun itu menyebabkan dia mengamuk.

"Kakak mangsa yang terkejut dengan bunyi bising turun dari tingkat atas rumah dua tingkat itu, tetapi dia terpakse mengunci pintu bilik apabila adiknya cuba menyerang.

"Dia (kakak) menghubungi polis memaklumkan kejadian sebelum menelefon sanak saudara. Sejurus kemudian, dia melarikan diri," katanya.

Labels: ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...