Thursday, June 23, 2005

Guess The Total Of Siblings

GUESS THE TOTAL OF SIBLINGS

Jom kita cuba teka berapa jumlah adik beradik kawan korang. Formula nih maybe ramai dah tahu (and ramai tak tahu). kite pon baru dpt tau pasal bende nih dr blog Sherita (http://sherita.blogdrive.com). bagus utk menghiburkan kwn2 semasa melepak ngan diorang sambil2 tgk reaksi derang seolah olah kita nih terer. yelah! boleh teka berapa adik beradik diorang ada… konon cam psychic la.

Ok. Macam nih cara2 nye…

Mula mula, tanya kawan korang derang ade brp org abang (abg kandung je tau. tak termasuk abang angkat etc). suruh derang kire senyap2 tanpa reveal jln kire dan brp jumlah sebenar abg/akak/adik derang.

Ingat.. bende nih elok dibuat pd kwn2 yg baru korang kenal aje. kalo dah berthn2 kenal... obviously mesti dah tau jumlah abg/akak/adik derang.. wat pe nak teka lagi kan. tak syok la.

saye amik cth diri sendiri la yer. senang citer.

Contoh:

Jumlah abang = 1 (didarab dgn 2)

1 x 2 = 2

Lepas tu.. tambah pulak hasil kiraan tadi dgn 3....

2 + 3 = 5

Then darab pulak jumlah tadi dgn 5…

5 x 5 = 25

tambah pulak jumlah kakak yg ada

25 + 1 = 26

lepas tu.. darab dgn 10

26 x 10 = 260

Last sekali.. dari jumlah tadi.. tambah pulak dgn jumlah adik yg ada. sbb saye nih anak bongsu, so jumlah adik adalah 0. (same goes to jumlah abg/akak. kalo tade abg/akak letak la "0" kat mane yg patut td).

so..

260 + 0 = 260

Sekarang… suruh kawan korang bagitau jumlah yg dicampur dan yg didarab tadi.. and dari jumlah (tiga nombor) itu.. korang boleh teka berapa adik beradik yg dia ada.

jumlah saye dpt.. 260 kan. so, dr 260 tu tolak dgn 150.

260 - 150 = 110

110 adalah jawapan nye. dan bermula dari kiri (ratus) adalah jumlah abang, tengah (puluh) adalah utk jumlah kakak, dan kanan (sa) adalah untuk jumlah adik

(dari contoh tadi) 110
1 = abang
1 = kakak
0 = adik

dan dari situ boleh tahu yg kite ada 1 abang, 1 akak dan kite adalah anak yg ke 3 dr 3 adik bradik.. betul tak??

Ingat ya mesti tolak dgn 150…

Ok.. ni dia formula penuh die..

(jumlah abang) x 2 + 3 x 5 + (jumlah kakak) x 10 + (jumlah adik) = 000 (mesti 3 digit)

then dari jumlah tadi tolak kan 150

kalo still tak paham.. cube refer contoh2 kat bwh nih....

CTH A:

A punya jumlah nombor adalah 362..

362 - 150 = 212

2 = abang
1 = akak
2 = adik

and that means A ada 2 abang, 1 kakak dan 2 adik. A adalah anak ke-4 dr 6 adik bradik.

CTH B:

B punya jumlah nombor 150

150 - 150 = 0

0 = abang
0 = akak
0 = adik

kalo dah dpt seme 0 tuh.. paham2 la org tu anak tunggal. ok?

CTH C:

C punya jumlah nombor 161

161 - 150 = 11

0 = abang
1 = akak
1 = adik

and that means C ada 0 abang, 1 kakak dan 1 adik. C adalah anak ke-2 dr 3 adik bradik.


Magic kan! Enjoy!

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...